Tuesday, June 23, 2009

Program Ziarah Ke Perkampungan Orang Asli
(Kampung Nyentil, Raub, Pahang)

Muslim Aid sekali lagi telah menyertai satu program lawatan ke perkampungan Orang Asli di Raub iaitu Kampung Nyentil, Pahang. Antara pihak yang menyertai program ini adalah PERKIM, ABIM, Muslim Aid, dan Yayasan Salam serta pihak RTM yang membuat liputan di sana. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara masyarakat Islam Orang Asli dan masyarakat luar selain member serba sedikit pendedahan tentang cara hidup Islam kepada masyarakat Orang Asli di sana.


Seramai 6 orang wakil daripada Muslim Aid telah menyertai program ini. Azmira (staf Muslim Aid) bersama-sama pelajar pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Mohd Alies, Khairul Izham, Mohamad Naim dan Nuratika Fatima serta seorang sukarelawan Muslim Aid (Nor Azhar) cukup bebesar hati kerana dapat menyertai program kemanusiaan seperti ini.


Muslim Aid telah menaja suplemen pil vitamin C untuk diberikan kepada anak-anak kaum Orang Asli di sana selain pemberian ‘goodies’ untuk anak-anak ini. Program ini dijangka akan disiarkan di RTM 1 pada hari Rabu 24 Jun 2009, jam 5 petang.

p/s..yes, aku msok tv..huhu

pak anjang santai jek naek bot

bg gula2 kat bebudak kg nyentil

kak mira menyuap vitamin C..huhu

hani jd makcik kantin

diameter lobang idong kak mira lg besar dr aku..haha

kecik2 dah clubbing

bergmbo bersame owg kg

volunteers ngan tok batin

0 comments:

Post a Comment